Sumber Air Bersih TERHAD sejak Dua tahun di Surau Al-Amin, Sik, Kedah.
Ketiadaan air di surau terdekat dan air takungan yang kotor serta berbau menjadi punca kepada beberapa masalah.
"Menghayati pengorbanan Nabi Muhammad untuk saham akhirat yang berpanjangan"
Sumber air yang sedia ada adalah terhad untuk digunakan oleh sekurang-kurangnya 200 orang penduduk di sekitar Kg Padang Toi. Mereka terpaksa mencatu air bagi kegunaan harian mereka selama puluhan tahun.
Punca masalah ini adalah disebabkan paip bawah tanah yang sedia ada telah usang, seterusnya tidak dapat menampung tekanan yang lebih besar.
Projek Infaq Telaga Al-Amin
Gangguan ketiadaan air ini acap kali berlaku terutamanya pada waktu kemuncak seperti awal pagi dan pada cuti umum atau sempena musim perayaan disebabkan penggunaan pada waktu tersebut adalah dalam skala besar.
Surau yang baharu dibina juga tidak dapat beroperasi kerana ketiadaan sumber air.
Lebih teruk lagi, penduduk setempat perlu keluar sekurang-kurangnya
5 kilometer dan lebih semata-mata untuk mendapatkan bekalan air bersih yang selamat digunakan untuk membersih, memasak, dan sebagainya.
Kerja-kerja Geo-maping telah dijalankan oleh pihak kontraktor di sekitar Surau Al-Amin.
Lawatan & Pembinaan
Yayasan EZ Prihatin telah menjalankan lawatan di kawasan dan turut
bersama kontraktor yang dilantik untuk sesi geo-maping bagi memastikan kawasan yang tepat untuk melakukan penggalian dan membina Tube Well di kawasan surau tersebut.
Untuk pengetahuan juga, tanah di kawasan surau ini merupakan tanah
wakaf yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Kedah.
ALHAMDULILLAH FASA 1 TELAH SELESAI
Projek Telaga Air Di Surau Sik Kedah
Pihak EZ Prihatin telah berjaya mengumpul sebahagian dari sasaran asal untuk pembinaan telaga air.
Gerak kerja pembinaan telaga untuk Fasa 1 sedang dijalankan ketika ini.
Pengorbanan Sementara Untuk Manfaat Yang Kekal
Sesuai dengan kisah penghijrahan dan pengorbanan baginda Nabi SAW pada awal Muharam ini, umat Islam diseru untuk menghayati konsep penghijrahan dan dituntut melakukan pengorbanan untuk berhijrah demi mengharapkan keredaan ALLAH SWT serta kehidupan
yang lebih baik sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak.
Oleh itu, Yayasan EZ Prihatin ingin mengajak saudara/saudari untuk bersama kami bagi menyumbang dalam Projek Infaq Telaga Al-Amin. Dengan sumbangan yang anda salurkan ini dapat membantu kami untuk membina semula sistem saluran air yang baik untuk
dimanfaatkan oleh penduduk setempat.
Setiap sumbangan, sebesar apapun, memiliki impak yang besar.
“SOKONGAN ANDA,
KEKUATAN KAMI”
Ayuh kita berkongsi rezeki, semoga Allah memberkati setiap usaha kita.
Sumbangan Boleh Dibuat Melalui
Untuk transaksi bantuan secara manual / pemindahan wang tunai secara atas talian atau melalui CDM, anda boleh sumbangkan ke akaun di bawah:
Akaun: Yayasan EZ Prihatin No akaun: 5624 0563 3644 (MAYBANK) Sila letakkan rujukan: TELAGA AL-AMIN
Dan hantarkan bukti pembayaran ke pautan WhatsApp berikut: (Cik Anies: 010-4467624)
No. Pelepasan Cukai*: LHDN.01/35/42/51/179-6.8522 *Untuk rujukan sahaja.
Hubungi pegawai YEZP untuk maklumat lanjut.
Lafaz akad
"Saya dengan ini berinfaq sebanyak (jumlah wang yang diinfaq) atas nama (niat atas nama yang anda ingin) bagi menjayakan "Projek Infaq Telaga Al-Amin” yang dikendali oleh Yayasan EZ Prihatin dan membenarkan pihak Yayasan EZ Prihatin untuk mengambil sebanyak 12.5% bagi tujuan pengurusan jika diperlukan"
Disclaimer
*jika ada lebihan daripada sumbangan, ianya akan dimanfaatkan kepada projek atau program berikutnya yang dikendali oleh pihak Yayasan EZ Prihatin.