Majoriti umat Islam disini terpaksa berjalan jauh menaiki jambatan angkut untuk ke masjid yang terdekat. Menyukarkan urusan ibadah harian, solat Jumaat, dan pengurusan jenazah.
Kampung Kanibongan, terletak di Pitas, Sabah, merupakan sebuah kampung bersejarah yang telah wujud sejak ratusan tahun lalu dan kini dihuni oleh generasi ketiga.
95% daripada penduduk kampung ini beragama Islam, menjadikannya komuniti majoriti Muslim
Terdapat sekolah rendah dan menengah berhampiran, menjadikan ia tumpuan masyarakat sekeliling, termasuk dari kampung lain
Kampung ini juga merupakan laluan utama bagi penduduk dari kawasan sekitarnya, menjadikan lokasi ini strategik untuk pembinaan surau.
Keperluan Pembinaan Surau
Sehingga kini, belum pernah dibina surau atau masjid di kampung ini walaupun terdapat usaha sebelum ini, namun terhenti akibat kekangan tertentu termasuk kematian individu utama yang mengusahakannya.
Masjid terdekat terletak di Kampung Desa Seberang yang:
Hanya boleh diakses melalui jambatan gantung menyeberangi sungai.
Atau melalui jalan darat yang berlubang dan tidak stabil.
Penduduk kini bergantung kepada kampung bersebelahan untuk aktiviti keagamaan, menyukarkan urusan ibadah harian, solat Jumaat, dan pengurusan jenazah.
Cadangan Pembinaan
Dicadangkan pembinaan surau kayu yang sesuai dengan keadaan lokasi yang terdedah kepada banjir.
Tapak seluas 2 ekar telah dikenal pasti, dan pembinaan dirancang dalam kawasan 1 ekar.
Anggaran kos keseluruhan: RM50,000.00.
Reka bentuk asas: struktur kayu berdinding papan dan beratap, cukup untuk aktiviti solat berjemaah, kelas pengajian, dan urusan komuniti Islam setempat.
Justifikasi Keperluan
Ketiadaan rumah ibadah di kawasan ini sedangkan komuniti Islam adalah majoriti
Kampung bersebelahan (Kg Kotoyon & Kg Mulung Kulung) mempunyai surau, tetapi:
Sangat daif, memerlukan penyelenggaraan menyeluruh.
Hanya boleh diakses dengan kenderaan 4x4, terutama ketika hujan.
Tiada kemudahan selesa untuk urusan jenazah.
Tindakan Terkini
Lawatan tapak oleh pihak Yayasan EZ Prihatin pada 24 Mei 2025 mendapati keperluan pembinaan surau ini adalah amat mendesak.
Penduduk menyatakan kesediaan bergotong-royong dalam penyediaan tapak dan membantu kerja pembinaan
Lokasi sangat berpotensi untuk menjadi pusat ibadah dan aktiviti dakwah bagi komuniti setempat dan kawasan sekitarnya.
Kami membuka peluang kepada masyarakat budiman untuk bersama menyumbang dan merealisasikan pembinaan rumah Allah di Kampung Kanibongan ini.
Sumbangan anda akan memberi kesan yang besar dalam kehidupan masyarakat Islam yang telah sekian lama menanti tempat untuk beribadah dengan selesa dan bermaruah.
“SOKONGAN ANDA, KEKUATAN KAMI”
Ayuh kita berkongsi rezeki, semoga Allah
memberkati setiap usaha kita.
Untuk transaksi bantuan secara manual / pemindahan wang tunai secara atas talian atau melalui CDM, anda boleh sumbangkan ke akaun di bawah:
Akaun: Yayasan EZ Prihatin No akaun: 5624 0563 3644 (MAYBANK) Sila letakkan rujukan: Surau Kanibongan
Dan hantarkan bukti pembayaran ke pautan WhatsApp berikut: (Cik Azrin: 010-4467624)
Lafaz akad
"Saya dengan ini berinfaq sebanyak (jumlah wang yang diinfaq) atas nama (niat atas nama yang anda ingin) bagi menjayakan "Pembinaan Surau Di Kampung Kanibongan, Pitas, Sabah” yang dikendali oleh Yayasan EZ Prihatin dan membenarkan pihak Yayasan EZ Prihatin untuk mengambil sebanyak 12.5% bagi tujuan pengurusan jika diperlukan"
Disclaimer
*Sumbangan/Infaq Tuan Puan akan disalurkan ke dalam Tabung Umum Yayasan EZ Prihatin dan dimanfaatkan untuk program atau projek di bawah pengurusan Yayazan EZ Prihatin.