Kempen Derma: Air Bersih untuk Kanak-Kanak di Pulau Bohean & Kulapuan, Semporna, Sabah
PERIGI INI SAHAJALAH đźš° SUMBER AIR MEREKA
Bantu Kami Bekalkan Air Bersih Kepada Kanak-Kanak di Pulau Bohean & Kulapuan
“Kanak-kanak terpaksa berjalan jauh & mengangkat tong air Yang Berat setiap hari untuk mendapatkan air bersih”
Air adalah sumber kehidupan yang sangat asas, namun kanak-kanak terpaksa berjalan jauh & mengangkat tong air yang berat setiap hari untuk mendapatkan air bersih. Mereka memerlukan bantuan anda untuk membina sistem air yang selamat dan mudah diakses.
PROJEK TELAGA AIR DI Pulau Bohean & Kulapuan SEMPORNA, SABAH
🛑 Telaga yang sedia ada dalam keadaan dhaif yang perlu penambahbaikan
🛑 Telaga utama adalah terlalu jauh dan susah untuk diakses oleh penduduk
🛑 Kapasiti air tidak dapat menampung jumlah penduduk pulau
🛑 Bahaya pada malam hari, kerana
jarak telaga utama adalah jauh
dengan kawasan perumahan.
Apa Yang Berlaku Jika Masalah Ini Tidak Diatasi?
Dari Segi Pemakanan:
Ketiadaan air bersih menyebabkan makanan tidak dapat disediakan dengan selamat, meningkatkan risiko penyakit bawaan makanan seperti keracunan dan cirit-birit. Keluarga terpaksa menggunakan air yang tercemar untuk memasak, yang menjejaskan kesihatan mereka, terutama kanak-kanak.
Dari Segi Kebersihan Diri:
Ketiadaan air bersih menyebabkan penduduk tidak dapat menjaga kebersihan diri dengan baik. Ini meningkatkan risiko jangkitan kulit, penyakit kulit, dan ketidakselesaan harian akibat kotoran dan peluh yang tidak dibersihkan dengan sempurna.
Dari Segi Ibadah & Rohani:
Air bersih adalah penting untuk tujuan bersuci dalam ibadah seperti mengambil wuduk. Ketiadaan air bersih menyukarkan penduduk untuk menjalankan ibadah harian mereka, menjejaskan amalan spiritual mereka dan kehidupan beragama secara keseluruhan.
Keadaan Terkini Di Sekitar Pulau Di Semporna
Bagaimana Anda Boleh Membantu?
Projek Infaq Telaga Air Pulau Bohean & Pulau Kulapuan
Kami sedang mengumpul dana untuk membina sistem menara air bergraviti yang dapat membawa air bersih terus ke kawasan perumahan penduduk. Sistem ini akan memastikan air bersih yang selamat dan mudah diakses oleh kanak-kanak dan keluarga mereka.
Lawatan dan bantuan awal dari Team EZ Prihatin Di Pulau-Pulau Sekitar Semporna
Yayasan EZ Prihatin telah menjalankan lawatan di pulau-pulau sekitar Semporna dan pulau-pulau yang berdekatan dan terjejas dengan isu telaga air. Bantuan sementara seperti barang keperluan telah disumbangkan semasa lawatan awal ini.
Perbincangan dengan wakil penduduk kampung juga telah memberi kami beberapa solusi untuk masalah air yang mereka hadapi dan sistem air yang lebih efisen juga telah dicadangkan.
Kelebihan Sistem Air Yang Akan Dinaikkan
Lebih teratur dan sistematik
Mudah diakses dan diambil oleh penduduk
Jarak menjadi lebih dekat dengan rumah penduduk kampung
Menjimatkan masa pengambilan
Kualiti air lebih mudah dijaga dan dikawal
Sistem yang jimat dan lebih mesra penduduk kampung
Mudah diselenggara
Projek boleh ditambah baik bila-bila masa sahaja
Pulau Bohean
Pulau Kulapuan
Sistem Saliran Air Yang Akan Dinaikan
Sasaran Kami :
RM100,000
Dana sebanyak RM100,000 diperlukan untuk membina 3 menara air utama, 2 menara air untuk surau, dan 3 telaga baru di setiap pulau yang akan memberi manfaat kepada lebih 2000 penduduk.
Dana Ini Juga Akan Disalurkan Ke 2 Buah Pulau Yang Lain
Pulau Bum Bum
Pulau Sibangkat
Apa Harapan Mereka?
Kanak-kanak di Pulau Bohean tidak meminta banyak.
Mereka hanya mahu air bersih, supaya mereka boleh minum, belajar, bermain, dan hidup dengan lebih sihat. Dengan sokongan anda, mereka tidak perlu lagi mengorbankan masa kanak-kanak mereka hanya untuk mendapatkan air bersih.
Dengan infaq anda, anda boleh memberikan masa depan yang lebih cerah kepada mereka..
Anda membantu memberikan mereka bukan hanya air, tetapi juga peluang untuk membina kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.
Firman Allah SWT;
“Dan orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan ALLAH, dan orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada Muhajirin), mereka itulah orang yang benar-benar beriman. Mereka beroleh keampunan dan rezeki yang mulia.”
(QS. Al-Anfal:74)
“SOKONGAN ANDA,
KEKUATAN MEREKA”
Oleh itu, Yayasan EZ Prihatin dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Sedulur (Sedulur Team) ingin mengajak saudara/saudari untuk bersama kami bagi menyumbang dalam Projek Infaq Telaga Air Di Pulau Bohean & Pulau Kulaupuan, Semporna Sabah. Dengan sumbangan yang anda salurkan ini dapat membantu kami untuk membina semula sistem saluran air yang baik untuk dimanfaatkan oleh penduduk setempat.
Ayuh kita berkongsi rezeki, semoga Allah memberkati setiap usaha kita.
Status Terkini Telaga Air Di Pulau Bohean & Kulapuan
Alhamdulilah setakat ini Telaga Pam Air Solar telah berjaya didirikan di Pulau Bohean, Semporna atas sumbangan orang ramai.
Kini hanya tinggal telaga di Pulau Kulapuan sahaja. Setakat ini dalam proses pengumpulan dana untuk Telaga Pam Air Solar di sana.
Sumbangan Boleh Dibuat Melalui
Untuk transaksi bantuan secara manual / pemindahan wang tunai secara atas talian atau melalui CDM, anda boleh sumbangkan ke akaun di bawah:
Akaun: Yayasan EZ Prihatin No akaun: 5624 0563 3644 (MAYBANK) Sila letakkan rujukan: Telaga Air Pulau Semporna
Dan hantarkan bukti pembayaran ke pautan WhatsApp berikut: (Cik Azrin: 010-4467624)
Lafaz akad
"Saya dengan ini berinfaq sebanyak (jumlah wang yang diinfaq) atas nama (niat atas nama yang anda ingin) bagi menjayakan "Projek Infaq Telaga Air Pulau Boheyan & Pulau Kulaupuan, Semporna, Sabah” yang dikendali oleh Yayasan EZ Prihatin dan membenarkan pihak Yayasan EZ Prihatin untuk mengambil sebanyak 12.5% bagi tujuan pengurusan jika diperlukan"
Disclaimer
*Sumbangan/Infaq Tuan Puan akan disalurkan ke dalam Tabung Umum Yayasan EZ Prihatin dan dimanfaatkan untuk program atau projek di bawah pengurusan Yayazan EZ Prihatin.