Kempen Infaq Telaga Air

SURAU LAMA DIROBOHKAN SURAU BARU TERBENGKALAI

Pembinaan surau baru di Kampung Uba, Pulau Moyo akan terbengkalai 
tanpa bantuan anda!

SITUASI SEMASA PEMBINAAN SURAU DI KAMPUNG UBA

Surau lama yang usang dan
tidak boleh digunakan lagi

Surau baru dalam pembinaan & sudah mencapai 50% proses siap pembinaan

Pewaris Ambil Balik Surau Wakaf, Tiada hitam Putih

Surau kayu lama yang berusia hampir 30 tahun menjadi tempat penduduk kampung untuk menunaikan solat berjemaah dan aktiviti komuniti ini menunggu masa untuk dirobohkan ketika itu.

Surau ini dahulunya dibina atas tanah persendirian yang telah diwakafkan oleh seorang individu dan kini pewaris pemilik tanah ingin mengambil semula tanah peninggalan keluarga mereka kerana tiadanya perjanjian hitam putih.

Sinar Harapan Baru

Atas dasar prihatin dan tanggungjawab seorang individu yang mewakafkan sebahagian tanah miliknya dan hasil sumbangan serta usaha penduduk kampung, sebuah masjid baru dapat dibina lebih kurang 100 meter daripada tapak surau lama. 

Sebuah masjid baru yang dilengkapi dengan tempat untuk berwuduk menjadi impian warga Kampung Uba di Pulau Moyo.

BATU KARANG & PASIR PANTAI SUMBER BAHAN BINAAN

Disebabkan lokasi masjid yang berdekatan dengan pantai, mereka menggunakan sumber bahan yang sedia ada seperti batu karang dan pasir pantai yang dicampur dengan simen untuk dijadikan tapak masjid serta dinding. 

Masjid Tanpa Bumbung dan Tingkap

Disebabkan lokasi masjid yang berdekatan dengan pantai, mereka menggunakan sumber bahan yang sedia ada seperti batu karang dan pasir pantai yang dicampur dengan simen untuk dijadikan tapak masjid serta dinding. 

Kini, masjid tersebut hanya mempunyai dinding batu bata sahaja yang belum disimen serta tidak mempunyai bumbung dan tingkap yang sempurna.

Allah berfirman dalam Surah Saba ayat 39: 

وَمَآ أَنفَقْتُم مِّن شَىْءٍۢ فَهُوَ يُخْلِفُهُۥ ۖ وَهُوَ خَيْرُ ٱلرَّٰزِقِينَ

"Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan
menggantikannya; dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki"

Dana Yang Masih Diperlukan:

RM70,000

Mudah-mudahan dengan membangunankan masjid ini dapat memanfaatkan hampir 400 orang penduduk sekitar agar mereka dapat beribadah dengan selesa serta dapat melakukan aktiviti agama dan komuniti bersama.

Jadi, marilah bersama dengan Yayasan Ez Prihatin menyambung usaha untuk meneruskan pembinaan masjid dengan menyalurkan sumbangan kepada mereka. Semoga dengan setiap ringgit yang dibelanjakan di jalan Allah  menjadi dana pelaburan di sana nanti. Aamiin ya Mujib.

NOTA PENTING: AKAD INFAQ

Untuk teruskan infaq anda, mohon dibacakan sekali akad infaq seperti di bawah: 



"Saya dengan ini berinfaq sebanyak  (jumlah wang yang diinfaqkan)  atas nama  (niat infaq atas nama siapa)  kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada  Projek Pembinaan Masjid Pulau Moyo  yang dikelola oleh Yayasan EZ Prihatin dan membenarkan yayasan untuk mengambil tidak lebih 10% bagi tujuan pengurusan jika diperlukan"

Selepas membaca akad ini, anda boleh isi borang maklumat di bawah dan membuat transaksi infaq.

Untuk transaksi bantuan secara manual/ transfer/ CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

Akaun: Yayasan EZ Prihatin
No akaun: 38193 42018  (PUBLIC BANK)
Sila letakkan reference “masjidmoyo”