Sempena Ramadan 2025, kami dari YEZP ingin mengajak anda bersama menjayakan bahtera ramadan penuh barakah tahun ini dengan beberapa program yang bakal dianjurkan dengan tema ‘Memaknai Ramadan’.
Pek Makanan ini akan membantu lebih dari 1000 buah keluarga asnaf dan anak yatim di Malaysia.
Sumbangan Tanpa Henti Dari Anda Semua...
Seperti tahun sebelumnya, Yayasan EZ Prihatin telah berjaya menyalurkan bantuan setiap tahun kepada mereka atas sumbangan anda semua.
Sumbang ini sangat membantu mereka di bulan Ramadan.
Bentuk Sumbangan Yang Akan Diberikan
Tajaan Berbuka
RM15 / per orang
Tajaan Sahur
RM10 / per orang
Kotak Prihatin
RM100 / per pek
Bubur Lambuk
RM5 / per pek
Duit Raya
RM10 / per orang
🤲🏼 Cahaya Harapan Buat Anak Yatim & Asnaf
Setiap sumbangan anda bukan hanya memberi kekenyangan buat mereka, tetapi juga sinar harapan buat mereka yang memerlukan.
📈 Keberkatan dalam Rezeki & Kejayaan
Sedekah bukan mengurangkan harta, tetapi membuka pintu rezeki yang lebih luas. Allah SWT berfirman:
"Barang siapa memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakannya untuknya." (Al-Baqarah: 245)
Dengan berkongsi rezeki, Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik dalam bentuk keberkatan, kelancaran rezeki, dan peluang perniagaan yang lebih luas.
Sumbangan anda membantu membina masyarakat yang lebih penyayang dan prihatin. Ia mengeratkan hubungan antara penyumbang, penerima, dan komuniti setempat, sekaligus menjadikan kita lebih peka terhadap keperluan orang lain.
Apabila masyarakat saling membantu, suasana harmoni dan kasih sayang akan lebih terjalin.
Setiap pek makanan yang anda sumbangkan bukan hanya mengenyangkan perut penerima, tetapi juga menenangkan jiwa dan membawa keberkatan dalam hidup anda.
Ustaz Ghazali Ibrahim
Duta Rasmi Yayasan EZ Prihatin
BERSAMA EZ PRIHATIN
Membantu Mereka Yang Memerlukan
Tekan butang diatas untuk terus menyumbang
Sumbangan Boleh Dibuat Melalui
Untuk transaksi bantuan secara manual / pemindahan wang tunai secara atas talian atau melalui CDM, anda boleh sumbangkan ke akaun di bawah:
Akaun: Yayasan EZ Prihatin No akaun: 5624 0563 3644 (MAYBANK) Sila letakkan rujukan: INFAQ RAMADAN
Dan hantarkan bukti pembayaran ke pautan WhatsApp berikut: (Cik Azrin: 010-4467624)
Lafaz akad
"Saya dengan ini berinfaq sebanyak (jumlah wang yang diinfaq) atas nama (niat atas nama yang anda ingin) bagi menjayakan "Infaq Ramadan” yang dikendali oleh Yayasan EZ Prihatin dan membenarkan pihak Yayasan EZ Prihatin untuk mengambil sebanyak 12.5% bagi tujuan pengurusan jika diperlukan"
Disclaimer
*Sumbangan/Infaq Tuan Puan akan disalurkan ke dalam Tabung Umum Yayasan EZ Prihatin dan dimanfaatkan untuk program atau projek di bawah pengurusan Yayazan EZ Prihatin.