Kempen Pembinaan Masjid Al-Hassan, Berhala Gantang, Temerloh
“SERING DI LANDA BANJIR, AHLI KARIAH MASJID TEKAD BINA MASJID BARU"
“Paras Air Yang Tinggi Akibat Banjir Setiap Tahun Menjadikan Masjid Yang Berusia 99 Tahun Ini Hampir Rebah””
Inilah keadaan Masjid Al-Hassan Ketika Musim Banjir Melanda...
“Dari tanah yang basah oleh air banjir, kami ingin tegakkan rumah Allah yang lebih kukuh, lebih tinggi… dan lebih bermakna.”
Sejak tahun 1926, Masjid Al Hassan menjadi nadi kehidupan masyarakat Berhala Gantang.
Di sinilah azan berkumandang lima kali sehari, mengajak hati yang sibuk dunia kembali mengingati Tuhan.
Di sinilah anak-anak kecil belajar membaca al-Quran, warga emas berteduh dan berkongsi kisah hidup, dan umat Islam bersatu dalam solat, tazkirah dan majlis ilmu. Namun hari ini, masjid ini sedang diuji.
Ujian Yang Datang Bersama Banjir… dan Penantian
Setiap kali hujan lebat melanda, air naik membanjiri rumah Allah ini. Lantai masjid menjadi licin, karpet rosak, peralatan ibadah musnah. Dan lebih menyedihkan, aktiviti ibadah terpaksa dihentikan, jemaah terpaksa berpindah ke lokasi sementara.
Bencana ini bukan sekali dua terjadi. Sudah berulang-ulang, dan semakin teruk saban tahun.
Rancangan untuk membina semula masjid di tapak lebih tinggi telah dirancang… tetapi terpaksa tertangguh selama dua tahun akibat masalah dokumentasi dan kelulusan tanah.
Kini, Alhamdulillah, segala halangan telah selesai, dan pembinaan semula Masjid Al Hassan dijadualkan bermula pada tahun 2025.
Masjid Baharu: Lebih Tinggi, Lebih Selamat, Lebih Bermakna
Masjid yang bakal dibina:
Akan didirikan di atas tanah yang lebih tinggi, bebas dari ancaman banjir.
Mempunyai reka bentuk moden dan mesra jemaah, dengan ruang solat luas dan selesa.
Lengkap dengan bilik kelas pengajian, ruang komuniti dan fasiliti wuduk moden.
Disediakan kemudahan mesra OKU, wanita dan warga emas.
Pembinaan masjid baru ini akan memanfaatkan lebih daripada 1000 penduduk setempat untuk :
Menunaikan solat berjemaah dengan selesa
Hadir majlis ilmu & kuliah agama di dalam masjid
Dijadikan tempat atau pusat dakwah setempat
Digunakan untuk pengurusan jenazah
“SUMBANGAN AWAL DARI YAYASAN EZ PRIHATIN”
Pihak Yayasan EZ Prihatin telah memberikan sumbangan awal untuk proses gerak kerja seperti pecah tanah dan pembelian awal barang serta keperluan masjid yang dilanda banjir.
PRIHATIN BERSAMA BINA MASA DEPAN
Membantu Mereka Yang Memerlukan
Ustaz Ghazali Ibrahim
Duta Rasmi Yayasan Ez Prihatin
Kini Kami Perlukan Anda: Dana Masih Diperlukan Sebanyak RM1.7 Juta
Setiap sumbangan anda adalah cahaya. Cahaya di dunia ini – dan cahaya di alam akhirat nanti.
Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina untuknya rumah di syurga.”
(HR Bukhari & Muslim)
Manfaat Dunia & Akhirat Kepada Para Penderma
Saham Jariah Yang Berkekalan: Selagi masjid digunakan, selagi itulah pahala terus mengalir.
Peluang Menghapus Dosa: “Sedekah memadamkan dosa seperti air memadamkan api.” (HR Tirmizi)
Doa Para Jemaah: Setiap kali doa diangkat di masjid ini, semoga nama anda termasuk dalam kalangan mereka yang disebut.
Kebahagiaan di Dunia: Jiwa menjadi tenang, rezeki diberkati, keluarga dilindungi – semuanya dari keberkatan memberi.
Ayuh, Jadilah Sebahagian Dari Pembinaan Sejarah Ini
Kita bukan hanya membina bangunan. Kita sedang membina harapan, keimanan, dan masa depan untuk generasi yang akan datang.
Bantulah kami realisasikan masjid ini. 1 sumbangan anda, 1 langkah lebih dekat kepada syurga.
Klik butang di bawah untuk menyumbang.
SUMBANGAN BOLEH
DIBUAT MELALUI
Untuk transaksi bantuan secara manual / pemindahan wang tunai secara atas talian atau melalui CDM, anda boleh sumbangkan ke akaun di bawah:
Akaun: Yayasan EZ Prihatin No akaun: 5624 0563 3644 (MAYBANK) Sila letakkan rujukan: Masjid Al-Hassan
Dan hantarkan bukti pembayaran ke pautan WhatsApp berikut: (Cik Azrin: 010-4467624)
Lafaz akad
"Saya dengan ini berinfaq sebanyak (jumlah wang yang diinfaq) atas nama (niat atas nama yang anda ingin) bagi menjayakan "Pembinaan Masjid Al-Hassan” yang dikendali oleh Yayasan EZ Prihatin dan membenarkan pihak Yayasan EZ Prihatin untuk mengambil sebanyak 12.5% bagi tujuan pengurusan jika diperlukan"
Disclaimer
*Sumbangan/Infaq Tuan Puan akan disalurkan ke dalam Tabung Umum Yayasan EZ Prihatin dan dimanfaatkan untuk program atau projek di bawah pengurusan Yayazan EZ Prihatin.